Pages

October 24, 2014

Kisah suka duka berniaga

Saya memang minat berniaga, sejak zaman study lagi saya berniaga, ingat balik dulu, kami 3 sekawan kongsi duit buat modal beli barang2 makanan dan jual kat blok! hehehe, seronok ! Kami jual biskut, maggi, coklat, air kotak dan apa2 yang biasanya student makanla. selamba je letak dalam bakul letak tepi tangga dalam blok tu. Macam mana orang beli dan bayar? Kami tak duduk situ berniaga, just letak 1 bekas plastik isi duit. Memang culture zaman tu budak2 blok sangat jujur ye, mereka just beli letak duit dalam bekas tu, then sayalah tukang collect duit tiap hari and kira stok berapa yang tinggal. Serius seronok berniaga! Naik motor dengan 2 lagi kawan baik saya pergi beli stok makanan untuk dijual. Untung kami bahagi 3. Dapat cash! Tersenyum lebar masing2 dapat 'gaji' time tu hahaha!

3 sekawan :  Lin , Atun & Juwa ^_^

Tu cerita zaman study, masa dah start kerja, saya dan partner, sekarang merangkap mr.husband, ehem! berkecimpung menjual perfume pulak! hihihi, masa tu ilmu berniaga tak berapa nak ada, so kami tak lama jual perfume tu. Tak berapa nak minat pulak jual perfume, haha! 
Tak lama lepas tu, mr.husband decide nak jadikan minat dia ambil gambar as a part-time job. So dia ambil job as a photographer untuk wedding event kebanyakannya. Saya pun cuba2 jugak ambil gambar, yang candid2 je, hehehe jadi tukang pegang lighting, kira macam assistant photographer la kononnn! dapat upah jugak tau!! hehehehe...tu kira bekerja juga kan, takdela tercongokkk tunggu husband tu buat kerja ambil gambar orang kahwin.

Nampak tak kegigihanku memegang payung dan reflector? :P

Sebenarnya ambil2 gambar ni saya tak minat sangat. Itu pun candid2 je, ada yang ok, ada yang kelaut. hahaha! Minat saya masa tu lebih pada mem'baking' dan yang sewaktu dengannya. Kebetulan kawan masa saya kerja cimbeng dulu pun ada minat yang sama, so kami pergi kelas buat coklat. Best! macam2 kami belajar, sampaila kami decide nak buat bisnes homemade chocolate. Modus operandi dibuat di rumah abg saya dan partner saya tu, Dian yang sanggup berulang alik dari rumahnya di Cheras ke Shah Alam untuk menjayakan bisnes kami tu. Comel je bubuh nama : AnDchocolates :) <Atun n Dian chocolates>
Sambutan amat menggalakkan, kami bermula kecil-kecilan buat coklat as a hantaran, birthday gift, door gift, dan macam2 lagi event. Penat memang penat. Sebab kami buat coklat selepas waktu kerja iaitu selepas isyak sehingga tengah malam. Tapi hasilnya memang puas hati. Setahun lebih jugak kami berbisnes coklat ni. Sampaila saya kahwin barulah kami stop berbisnes. Sebab dian pun berpindah ke Segamat ikut suaminya. 

Antara order2 yang laris heheheh
1st step : Attend kelas belajar buat coklat dengan Dian

Lepas kahwin, macam dah hilang semangat nak buat coklat. Partner takde. Macam tak syok je buat sorang2.huhuhu mengada2 betul! Cakap jela ko malas tun! :P Sebenarnya kalau masa tu extra rajin cari machine yang boleh buat coklat dengan mudah dah boleh dah kot berjaya. Hehehe...nampak tak banyak alasan kat situ???

Hihi, tu semua cerita dulu2, minat berniaga tapi tak menimba ilmu berniaga berseungguh2.
Sebenarnya, kalau kita nak berniaga, yang penting kena minat dulu. Bila datangnya minat berniaga sesuatu barang tu, automatik perniagaan kita akan menjadi mudah. Semangat berniaga tu akan datang berkobar2 je setiap masa. Sebenarnya saya rasa bersyukur sangat2 bila saya decide nak daftar jadi ahli shaklee. Lepas je daftar, upline saya guide on how to start. Sebab saya decide saya nak jual jugak barang2 shaklee ni bukan setakat nak guna dan makan saja. Saya fikir, saya boleh gunakan pengalaman saya berniaga dulu2. Alhamdulillah, bukan setakat pengalaman, malahan ilmu perkongsian serta tunjuk ajar upline jugak penting kalau kita nak berniaga barang2 shaklee ni.

Dan satu lagi sebab kenapa saya rasa bersyukur sangat2 bila dah terjebak dengan bisnes ni?
Saya diajar untuk mendekatkan diri dengan Pencipta kita iaitu Allah S.W.T.
Dari mana datangnya rezeki kalau tidak diizinkan Allah kan?
Rezeki dalam bentuk duit je ke? Kesihatan, kekayaan, kebahagiaan pun rezeki jugak kan??
Gerak hati nak berbisnes ni pun Allah yang guide, betul tak? Kalau tak, takdenye saya nak cerita semua ni kat blog,nak promote macam2, nak buat blog ni pun bukan main lamaaaa sangat nak decide buat ke tak. Hehehehe
Pokoknya, jangan berhenti berdoa. Percayalah segala yang baik tu datangnya daripada Allah, yang buruk2 tu mungkin dari kesilapan kita dulu2. Sekadar petunjuk agar kita sentiasa ingat kat Pencipta kita iaitu Allah S.W.T.

Best pulak ber K.L.M.K petang2 ni. (Kenangan Lama Mengimbau Kembali)
Saja kongsi kisah suka duka minat saya dalam berniaga.
It's just part of my Beautiful Life ^_^

Thank you for your time! heheheheh

Love is everywhere gituuuuu :)


2 comments: