Pages

January 10, 2015

Nikmat Alam Semulajadi

Hai semua! cantik kan cuaca harini? Langit biru tambah pulak awan nampak putih cantik je. :)

Pagi tadi kami sekeluarga after breakfast di Bandar Tun Hussein Onn terus gerak ke area Hulu Langat. Kami plan nak ke Hutan Rekreasi Sg Tekala, saja nak jenjalan je...tengok2 tutup pulak kawasan tu atas sebab2 tertentu.

Tengok apa yang kami dapat sepanjang perjalanan pagi tadi. :D


Subhanallah!! Cantik sangat langit tu kan? To be honest, lately saya memang stress..so bila dapat menikmati keindahan tasik dengan hutan hijau2 sekelilingnya tambah dengan sinaran cahaya langit.. saya rasa tenang sangat. Amat mendamaikan suasana ni.

Bersyukur sangat masih ada kawasan yang mendamaikan kat muka bumi ni. Jauh dari hiruk pikuk kota dengan pelbagai pencemaran. (saya rasa mcm tgh buat karangan pulak,ayat2 puitis pulak yang keluar,huhuhu)

So sapa2 yang tengah serabut tu.. cubalah ambil masa menikmati keindahan alam semulajadi ciptaan Allah ni. Selagi masih bernyawa, cuba belajar bersyukur dan hargai kedamaian alam semulajadi ni.
Allah tak cipta sesuatu tanpa sebab kan? :)

Esok saya akan kongsi lagi cerita yang menarik k, warna warni our Beautiful Life ;)

atun daus


January 3, 2015

Hello 2015!


Hai semua! Rasanya masih belum terlambat untuk saya wish Happy New Year 2015 to everyone!!
Hari ni 3 Januari 2015, maknanya hanya tinggal 362 hari saja lagi untuk kita perbaiki diri, warnai diari 2015 kita dengan warna-warna kehidupan yang membahagiakan. :)

Macam biasa, bila tahun baru je, automatik masing2 kalut dengan azam tahun baru kan??
Saya pun sama...ngeeeeee 
Tahun ni, saya berazam saya perbaiki diri kepada lebih baik dari segi ilmu agama, rohani dan jasmani. Saya menjadi lebih gigih, rajin bekerja demi masa depan saya dan keluarga saya.
Dan jika diizinkan Allah, saya dan suami berjaya memiliki rumah sendiri yang akan kami hiasi seperti yang kami idam-idamkan selama ni ^_^

Satu-persatu impian kami akan tercapai. 
Insya Allah...semoga Allah kabulkan permintaan kami dan permudahkan segala urusan kami dunia dan akhirat. Aminnn....

salam Maulidur Rasul daripada kami sekeluarga,
Firdaus, Halimatul & Saifullah ^_^