Pages

December 12, 2014

Petua turunkan bacaan kuning pada baby

Assalamualaikum semua :)

Harap2 semuanya happy je hari ni k? 

Hari ni saya nak kongsi tentang petua menurunkan bacaan kuning pada baby. Petua ni saya dapat melalui seorang nurse klinik desa yang datang melawat saya setiap hari selepas saya bersalinkan Saifullah. Setiap hari dia datang sebab anak saya kuning! Kesian Saifullah dikategorikan sebagai prolonged jaundice sebab lama sangat kuningnya sampai dekat 21 hari! 

Ok, dipendekkan cerita, nurse yang bagi petua ni kata, si ibu cuba minum air daun sup.
Ibu yang kena minum ye, bukan baby. :) 
Nanti baby dapat khasiatnya melalui susu ibu kan.

Sumber : Google


Cara sediakan air daun sup ni : 
1) Ambil secekak daun sup, beserta akarnya.
2) Basuh bersih2 dan masukkan daun sup serta air setengah cawan dalam pengisar.
3) Agak2 dah jadi Jus tu, bolehla minum :)

Tak perlu banyak2, memadai setengah cawan pun ok dah. Cuma minum selama 3 hari or sehingga bacaan kuning baby turun. Oh ye, minum pagi2 ye, semasa perut tengah kosong. 

Saya dah cuba, Alhamdulillah memang turun bacaan kuning anak saya. Dan ada juga saya kongsikan dengan kawan2 saya yang lain, Alhamdulillah berkesan jugak!

Saya hanya kongsi petua ni ye, jangan ditanya apa yang menyebabkan daun sup ni boleh turunkan bacaan kuning anak. Itu, saya tak buat kajianla pulak. Suruhla sapa2 saintis luar sana buat kajian ye.. hehehehe

Petua ni berguna juga untuk mencegah anak daripada terkena kuning.
Nurse tu cerita, lepas dia bersalin bila balik rumah je, dah siap dah 2 gelas air untuk dia minum.
(1) Air kunyit  & (2) Air daun sup   
Air kunyit tu untuk baiki luka dalaman kan? Air daun sup tu untuk cegah kuning.

Cegah sebelum parah katanya.

Saya tanya lagi, kak...nape bagi petua ni lambat, penatla saya ulang alik hospital hantar anak cek darah.....tau dia jawap pe?

"Akak sebenarnya takut nak bagitau, buatnya pape jadi kat anak awak kan...."
laaaa...tak cuba, tak tau kan. ni saya dah cuba...berkesan rupa2nya.
Senyum je akak tu, ALHAMDULILLAH :)

No comments:

Post a Comment