January 10, 2015

Nikmat Alam Semulajadi

Hai semua! cantik kan cuaca harini? Langit biru tambah pulak awan nampak putih cantik je. :)

Pagi tadi kami sekeluarga after breakfast di Bandar Tun Hussein Onn terus gerak ke area Hulu Langat. Kami plan nak ke Hutan Rekreasi Sg Tekala, saja nak jenjalan je...tengok2 tutup pulak kawasan tu atas sebab2 tertentu.

Tengok apa yang kami dapat sepanjang perjalanan pagi tadi. :D


Subhanallah!! Cantik sangat langit tu kan? To be honest, lately saya memang stress..so bila dapat menikmati keindahan tasik dengan hutan hijau2 sekelilingnya tambah dengan sinaran cahaya langit.. saya rasa tenang sangat. Amat mendamaikan suasana ni.

Bersyukur sangat masih ada kawasan yang mendamaikan kat muka bumi ni. Jauh dari hiruk pikuk kota dengan pelbagai pencemaran. (saya rasa mcm tgh buat karangan pulak,ayat2 puitis pulak yang keluar,huhuhu)

So sapa2 yang tengah serabut tu.. cubalah ambil masa menikmati keindahan alam semulajadi ciptaan Allah ni. Selagi masih bernyawa, cuba belajar bersyukur dan hargai kedamaian alam semulajadi ni.
Allah tak cipta sesuatu tanpa sebab kan? :)

Esok saya akan kongsi lagi cerita yang menarik k, warna warni our Beautiful Life ;)

atun daus


Koleksi Petua Kempiskan Perut Yang Perlu Anda Tahu!

Assalamualaikum semua!
Leganya hari ni dah hari Sabtu!!

Saya rasa harini nak share petua nak kempiskan perutlah. Petua ni kalau nak ikutkan haruslah perlukan sedikit kerajinan ye kwn2. Kalau malas sangat sampai stokin sendiri pun suruh orglain tanggalkan sorry k! tak dapek den nak tolonglah yo :D

Ok...jom kita tengok apa petua mudah nak kempiskan perut ;)

#PETUA 1 (Asam Jawa)

Ambil sedikit asam jawa dan bancuh di dalam segelas air panas. Biarkan semalaman. Esok paginya,minum air bancuhan asam jawa tersebut. Masukkan dalam peti sejuk,anda boleh jadikan minuman selepas lunch or dinner. Amalkan setiap hari,anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

#PETUA 2 (Daun lidah buaya, asam jawa)



Ambil sedikit daun lidah buaya.Masukkan dalam sebuah periuk dan tambahkan dengan air asam jawa.Didihkan bahan2 tersebut dengan api kecil sehingga pekat. Kemudian tutup api dan biarkan ia menyejuk dengan sendiri. Setelah dirasakan suam sedikit,lumurkan ramuan tersebut pada perut.

#PETUA 3 (Limau nipis, kapur sirih)

Sediakan limau nipis dan kapur sirih. Perah air limau ke dalam piring atau mangkuk, campur dengan kapur sirih dan gaul hingga sebati. Lumurkan ramuan tersebut ke perut dan balut perut dengan sehelai bengkung. Lakukan setiap malam sebelum anda masuk tidur.

#PETUA 4 (Limau nipis, air)

Air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.
Caranya, sediakan 2 biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkan meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan juga beransur turun.

#PETUA 5 (Teh Cina, limau nipis)

Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam ke dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

#PETUA 6 (Teh hijau, serbuk kayu manis, madu lebah)

Selepas makan, amalkan meminum teh hijau atau teh cina ditambah dengan serbuk kayu manis dan madu.

#PETUA 7 (Minyak kelapa)

Tanak kelapa hingga menjadi minyak. Sejukkan, kemudian sapu ke perut. Biarkan seketika selama 10 minit. Kemudian bilas. Amalkan setiap hari.

#PETUA 8 (kapur makan, daun sirih, minyak kayu putih, limau nipis)

Bagi wanita selepas bersalin yang ingin mengempiskan perut kembali, amalkan campuran bahan ini untuk berbengkung. Campurkan sedikit kapur makan, beberapa helai daun sirih, beberapa titik minyak kayu putih dan sesudu air limau nipis. Sapukan pada perut dan berbengkunglah seperti biasa.

#PETUA 9

Haaa yang ni best! 1 family boleh buat! Main hula hoop setiap hari boleh mengempiskan perut.
Boleh jadikan riadah keluarga petang2, seronok kan? :)


#PETUA 10

Kempiskan perut dengan supplemen Shaklee, Herb-Lax.

Herb-lax ni disarankan makan 2 kali seminggu sahaja. Tak perlu makan setiap hari. :)

Kebaikan Herb-Lax adalah :
  1. Pembersihan najis yang tersekat.
  2. Merangsang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita.
  3. Membantu masalah sembelit.
  4. Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus (natural bowel movement) dan secara langsungnya membantu masalah sembelit. 
  5. Membantu mengempiskan perut dengan cara semulajadi, namun berkesan.
  6. Ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. Sesuai diambil seperti biasa atau dicampurkan dalam air panas, sebagai minuman teh herba.

#untuk kesan yang OPTIMUM, disarankan pengambilan bersama Lecithin untuk membantu memecahkan lemak juga pada perut dan seluruh tubuh. Setelah lemak diuraikan, ia lebih mudah disingkirkan semasa detoks dengan Herb-Lax.

So, apa anda dapat?? Tubuh terasa lebih ringan, perut lebih kempis dan berat badan pun turun!!

Nak petua lagi?? Nah, lagi 10 TIPS KEMPISKAN PERUT untuk anda :)



Ok, rasanya cukup dulu setakat ni petua kempiskan perut dan turunkan berat badan secara tak langsung. Banyak lagi yang ingin saya kongsikan dengan anda semua. 
Next entry ok? :)

Atun Daus
Pengedar Shaklee yang sah
ID 929177
Call/SMS/Whatsapp 0123547687


credit to : mauceriasokmo.blogspot.com :)

January 8, 2015

Lemak memang MENAKUTKAN!!

Hai la lelemak sekalian...makin beranak pinak kau kat perut aku ni.. huhuhu lemak-lemak ni MENAKUTKAN betul tak?? Nampak perut buncit, termengah-mengah je bila berjalan. Badan terasa lesu, fikiran jadi serabut, last2 1 kerja pun tak siap kan!

Tadi saya layan drama korea Pinocchio cenel 393.
Apa yang menariknya kisah harini, wartawan2 ni found out punca seorang wanita yang gemuk telah mati di gym.
Wanita ni terlalu obses exercise selama 3 jam non stop!
Dia nak turunkan berat badannya dengan cepat! Tak silap saya sekarang berat dia 90kg!!
Mula2 wartawan ni ingat dia bersenam sebab nak kurus dan cantik. Geram kot bila tengok bekas suami dia kahwin lain dengan wanita yang lebih slim! (teringat pulak kisah Mah,hehehe...)


Tapi,sebenarnya.........wanita gemuk ni perlu turunkan berat badan sebab anak dia.. :(
Anak dia mengalami kerosakan hati dan kebetulan ibu dia ni sesuai jadi penderma. Tapi...doktor nasihatkan dia turunkan berat badan supaya boleh dermakan hati yang sihat kat anak dia.
Sebab tu dia stress,struggle gila2 nak turunkan berat badan sampai bertreadmill non stop selama 3jam! At the end, badan dia tak boleh accept cara dia tu n mengalami serangan jantung.

Bila keadaan terdesak,kita terjurus melakukan sesuatu di luar kemampuan kita kan?
Macam kes ahjumma (makcik) ni.. dia sepatutnya konsult dengan trainer gym tu dulu. Bagitau apa yang dia nak dan trainer gym tu akan guide kena dengan caranya.

Tak dapat saya bayangkan kalau saya di tempat ahjumma tu.. terdesak nak turunkan berat badan demi nyawa anak tersayang :(
Benda-benda ni memang di luar jangkaan kita.
Kita tak kan pernah tau bila kita akan sakit.
Tapi kita boleh cegah kan? Cegahlah sebelum parah.

Jalani kehidupan yang sihat.
Makan makan yang berkhasiat.
Bersenam 30minit sehari.
Ambil supplemen yang dijamin kualitinya.
Jaga hati dan sentiasa berfikiran positif.
Banyakkan beribadat.

Ingat,kita perlu sihat demi keluarga tersayang kita.

Dah tengah malam, saya kena berehat.
Esok, akan saya warnai lagi mukasurat baru our Beautiful Life.
Good Nite everyone! ;)

*maafkan saya if ada info yg silap tentang kisah ahjumma tu ye, almaklumla tengok tv sambil layan anak hehehe..*

atun daus
Pengedar Shaklee yang sah 
ID 929177
Call/Whatsapp 0123547687