Pages

October 31, 2014

Jumaat & Al-Kahfi

Assalamualaikum semua!

Jumaat datang lagi..Alhamdulillah...kita masih diberi peluang bertemu dengan penghulu segala hari ni. Ramai kan yang dah sedia maklum, banyak sangat kelebihan hari Jumaat ni. Banyak juga amalan-amalan kebaikan yang sunat dilakukan hari Jumaat.

Saya bukannya arif sangat dalam ilmu agama ni. Tapi hari ni saya nak share something yang selalunya saya amalkan pada hari Jumaat. Selalunya, saya akan cari masa yang sesuai nak baca Surah Al-Kahfi. Surah ni ada 110 ayat. Mula2 dulu memang agak payah saya nak habiskan sebab panjang betul surah ni. Tapi bila istiqamah, Alhamdulillah, memang Allah mudahkan. Cepat je habis. Terjemahan surah ni pun saya baca bila dah petang2 sikit. Kita memang disarankan baca dan fahami terjemahan Al-Quran kan? Cubalah baca. Banyak cerita menarik dalam Al-Quran sebenarnya.
Even baca 1 huruf pun dapat pahala apatah lagi 1 surah. Mudah kan nak dapat pahala? :)

"Siapa yang membaca satu huruf daripada Al-Quran maka baginya satu kebaikan dan setiap kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud : Alif, Lam, Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf."
(HR Al-Bukhari)


Berikut saya cerita sikit tentang Surah Al-Kahfi yang saya baca melalui blog Saudara Shahmuzir.

Surah Al-Kahfi ada 110 ayat. Ia merupakan surah Makkiyah. Di dalamnya terdapat mesej-mesej aqidah yang didatangkan sebahagiannya dalam bentuk cerita. Antara cerita atau penjelasan kisah yang dibawa di dalam surah ini ialah tentang kisah beberapa pemuda Ashabul Kahfi yang mempertahankan aqidah mereka tatkala diburu oleh pemerintah yang zalim, kisah si kafir yang memiliki dua kebun dan sahabatnya seorang yang beriman kepada ALLAH, kisah Nabi Musa dan Khidir dan kisah Dzulqarnain membantu kaum yang berhadapan dengan masalah yang ditimbulkan oleh Yakjuj dan Makjuj.

Terdapat beberapa kelebihan khusus yang telah disebut oleh Rasulullah S.A.W bagi sesiapayang membaca surah Al-Kahfi. Antara kelebihannya ialah pengampunan dosa di antara Jumaat dengan Jumaat jika dibaca pada hari Jumaat dan dijauhi fitnah al-Masih ad-dajjal jika menghafal 10 ayat terawalnya.

"Barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka Allah terangi ia dengan cahaya di antara dua Jumaat."
(HR Al-Hakim dan Baihaqi, disahihkan oleh Al-Albani)

"Barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dirinya terpelihara hingga lapan hari, daripada segala fitnah yang melanda, dan jika keluar Dajjal sekalipun, dia akan terpelihara daripadanya."
(Al-Dhurr Al-Manthur oleh Al-Suyuti 5:355)

"Barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal surah Al-Kahfi, pasti akan terlindung daripada dajjal."
(HR Muslim 809)

Banyak kan kelebihan baca surah Al-Kahfi ni? Jom lah kita amalkan baca surah ni setiap hari Jumaat. Kat bawah ni saya ada sertakan surah ni setiap page. Klik kat gambar tu ye. :)

Al-Kahfi, ayat 1-15

Al-Kahfi, ayat 16-27

Al-Kahfi, ayat 28-45

Al-Kahfi, ayat 46-61

Al-Kahfi, ayat 62-83

Al-Kahfi, ayat 84-110
Semoga Allah merahmati segala usaha kita membuat kebaikan demi kejayaan dunia dan akhirat.

Allahu A'lam.

Atun Daus

No comments:

Post a Comment