Pages

December 12, 2014

Petua turunkan bacaan kuning pada baby

Assalamualaikum semua :)

Harap2 semuanya happy je hari ni k? 

Hari ni saya nak kongsi tentang petua menurunkan bacaan kuning pada baby. Petua ni saya dapat melalui seorang nurse klinik desa yang datang melawat saya setiap hari selepas saya bersalinkan Saifullah. Setiap hari dia datang sebab anak saya kuning! Kesian Saifullah dikategorikan sebagai prolonged jaundice sebab lama sangat kuningnya sampai dekat 21 hari! 

Ok, dipendekkan cerita, nurse yang bagi petua ni kata, si ibu cuba minum air daun sup.
Ibu yang kena minum ye, bukan baby. :) 
Nanti baby dapat khasiatnya melalui susu ibu kan.

Sumber : Google


Cara sediakan air daun sup ni : 
1) Ambil secekak daun sup, beserta akarnya.
2) Basuh bersih2 dan masukkan daun sup serta air setengah cawan dalam pengisar.
3) Agak2 dah jadi Jus tu, bolehla minum :)

Tak perlu banyak2, memadai setengah cawan pun ok dah. Cuma minum selama 3 hari or sehingga bacaan kuning baby turun. Oh ye, minum pagi2 ye, semasa perut tengah kosong. 

Saya dah cuba, Alhamdulillah memang turun bacaan kuning anak saya. Dan ada juga saya kongsikan dengan kawan2 saya yang lain, Alhamdulillah berkesan jugak!

Saya hanya kongsi petua ni ye, jangan ditanya apa yang menyebabkan daun sup ni boleh turunkan bacaan kuning anak. Itu, saya tak buat kajianla pulak. Suruhla sapa2 saintis luar sana buat kajian ye.. hehehehe

Petua ni berguna juga untuk mencegah anak daripada terkena kuning.
Nurse tu cerita, lepas dia bersalin bila balik rumah je, dah siap dah 2 gelas air untuk dia minum.
(1) Air kunyit  & (2) Air daun sup   
Air kunyit tu untuk baiki luka dalaman kan? Air daun sup tu untuk cegah kuning.

Cegah sebelum parah katanya.

Saya tanya lagi, kak...nape bagi petua ni lambat, penatla saya ulang alik hospital hantar anak cek darah.....tau dia jawap pe?

"Akak sebenarnya takut nak bagitau, buatnya pape jadi kat anak awak kan...."
laaaa...tak cuba, tak tau kan. ni saya dah cuba...berkesan rupa2nya.
Senyum je akak tu, ALHAMDULILLAH :)

Zikir Penenang Jiwa

Assalamualaikum semua ;)

Dah sebulan lebih saya tak update blog ni, berabuk dah! disebabkan oleh kesibukan melampau agaknye (yela tuuu..) hehehe

Apapun...i'm back! membawa 1001 semangat untuk berjuang dalam bisnes shaklee ni. :)
Banyak yang saya nak kongsikan dengan korang semua tau.
Ok, hari ni saya nak kongsi tentang ZIKIR.


Semua sedia maklum kan, kita sebagai umat Islam memang disarankan untuk membasahi lidah kita ni dengan zikrullah. Tak semestinya lepas solat je kita perlu berzikir, sambil2 bersiap nak pergi kerja, tengah drive ke, sambil masak ke boleh je nak berzikir. Tau tak, bila kita berzikir, serta merta hati kita jadi tenang-setenang2 nya....... tak mampu saya nak gambarkan rasa tenangnya macam mana.
Anda kena amalkan dan rasai ketenangannya sendiri. Kuasa Allah kan. Bila kita ingat Dia, Dia ingat kat kita :)

Cubalah amalkan zikir2 ni setiap hari, lama-kelamaan kita akan dapat rasai kemanisannya.. :)

Istighfar 100 kali
Selawat 100 kali
Lahaula Wala Quwata Illa Billah Hil Aliyil'Azim 100 kali
Ya Wahhab 100 kali

Oh ye, paling penting, hadiahkan pahala bacaan Al-Fatihah kita pada kedua ibu bapa kita setiap pagi.
InsyaAllah, semakin murah rezeki kita dapat setiap hari.


Jom kita sama-sama doa agar kita istiqamah berzikir setiap hari. Amin.

October 31, 2014

Jumaat & Al-Kahfi

Assalamualaikum semua!

Jumaat datang lagi..Alhamdulillah...kita masih diberi peluang bertemu dengan penghulu segala hari ni. Ramai kan yang dah sedia maklum, banyak sangat kelebihan hari Jumaat ni. Banyak juga amalan-amalan kebaikan yang sunat dilakukan hari Jumaat.

Saya bukannya arif sangat dalam ilmu agama ni. Tapi hari ni saya nak share something yang selalunya saya amalkan pada hari Jumaat. Selalunya, saya akan cari masa yang sesuai nak baca Surah Al-Kahfi. Surah ni ada 110 ayat. Mula2 dulu memang agak payah saya nak habiskan sebab panjang betul surah ni. Tapi bila istiqamah, Alhamdulillah, memang Allah mudahkan. Cepat je habis. Terjemahan surah ni pun saya baca bila dah petang2 sikit. Kita memang disarankan baca dan fahami terjemahan Al-Quran kan? Cubalah baca. Banyak cerita menarik dalam Al-Quran sebenarnya.
Even baca 1 huruf pun dapat pahala apatah lagi 1 surah. Mudah kan nak dapat pahala? :)

"Siapa yang membaca satu huruf daripada Al-Quran maka baginya satu kebaikan dan setiap kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud : Alif, Lam, Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf."
(HR Al-Bukhari)


Berikut saya cerita sikit tentang Surah Al-Kahfi yang saya baca melalui blog Saudara Shahmuzir.

Surah Al-Kahfi ada 110 ayat. Ia merupakan surah Makkiyah. Di dalamnya terdapat mesej-mesej aqidah yang didatangkan sebahagiannya dalam bentuk cerita. Antara cerita atau penjelasan kisah yang dibawa di dalam surah ini ialah tentang kisah beberapa pemuda Ashabul Kahfi yang mempertahankan aqidah mereka tatkala diburu oleh pemerintah yang zalim, kisah si kafir yang memiliki dua kebun dan sahabatnya seorang yang beriman kepada ALLAH, kisah Nabi Musa dan Khidir dan kisah Dzulqarnain membantu kaum yang berhadapan dengan masalah yang ditimbulkan oleh Yakjuj dan Makjuj.

Terdapat beberapa kelebihan khusus yang telah disebut oleh Rasulullah S.A.W bagi sesiapayang membaca surah Al-Kahfi. Antara kelebihannya ialah pengampunan dosa di antara Jumaat dengan Jumaat jika dibaca pada hari Jumaat dan dijauhi fitnah al-Masih ad-dajjal jika menghafal 10 ayat terawalnya.

"Barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka Allah terangi ia dengan cahaya di antara dua Jumaat."
(HR Al-Hakim dan Baihaqi, disahihkan oleh Al-Albani)

"Barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dirinya terpelihara hingga lapan hari, daripada segala fitnah yang melanda, dan jika keluar Dajjal sekalipun, dia akan terpelihara daripadanya."
(Al-Dhurr Al-Manthur oleh Al-Suyuti 5:355)

"Barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal surah Al-Kahfi, pasti akan terlindung daripada dajjal."
(HR Muslim 809)

Banyak kan kelebihan baca surah Al-Kahfi ni? Jom lah kita amalkan baca surah ni setiap hari Jumaat. Kat bawah ni saya ada sertakan surah ni setiap page. Klik kat gambar tu ye. :)

Al-Kahfi, ayat 1-15

Al-Kahfi, ayat 16-27

Al-Kahfi, ayat 28-45

Al-Kahfi, ayat 46-61

Al-Kahfi, ayat 62-83

Al-Kahfi, ayat 84-110
Semoga Allah merahmati segala usaha kita membuat kebaikan demi kejayaan dunia dan akhirat.

Allahu A'lam.

Atun Daus

October 24, 2014

Kisah suka duka berniaga

Saya memang minat berniaga, sejak zaman study lagi saya berniaga, ingat balik dulu, kami 3 sekawan kongsi duit buat modal beli barang2 makanan dan jual kat blok! hehehe, seronok ! Kami jual biskut, maggi, coklat, air kotak dan apa2 yang biasanya student makanla. selamba je letak dalam bakul letak tepi tangga dalam blok tu. Macam mana orang beli dan bayar? Kami tak duduk situ berniaga, just letak 1 bekas plastik isi duit. Memang culture zaman tu budak2 blok sangat jujur ye, mereka just beli letak duit dalam bekas tu, then sayalah tukang collect duit tiap hari and kira stok berapa yang tinggal. Serius seronok berniaga! Naik motor dengan 2 lagi kawan baik saya pergi beli stok makanan untuk dijual. Untung kami bahagi 3. Dapat cash! Tersenyum lebar masing2 dapat 'gaji' time tu hahaha!

3 sekawan :  Lin , Atun & Juwa ^_^

Tu cerita zaman study, masa dah start kerja, saya dan partner, sekarang merangkap mr.husband, ehem! berkecimpung menjual perfume pulak! hihihi, masa tu ilmu berniaga tak berapa nak ada, so kami tak lama jual perfume tu. Tak berapa nak minat pulak jual perfume, haha! 
Tak lama lepas tu, mr.husband decide nak jadikan minat dia ambil gambar as a part-time job. So dia ambil job as a photographer untuk wedding event kebanyakannya. Saya pun cuba2 jugak ambil gambar, yang candid2 je, hehehe jadi tukang pegang lighting, kira macam assistant photographer la kononnn! dapat upah jugak tau!! hehehehe...tu kira bekerja juga kan, takdela tercongokkk tunggu husband tu buat kerja ambil gambar orang kahwin.

Nampak tak kegigihanku memegang payung dan reflector? :P

Sebenarnya ambil2 gambar ni saya tak minat sangat. Itu pun candid2 je, ada yang ok, ada yang kelaut. hahaha! Minat saya masa tu lebih pada mem'baking' dan yang sewaktu dengannya. Kebetulan kawan masa saya kerja cimbeng dulu pun ada minat yang sama, so kami pergi kelas buat coklat. Best! macam2 kami belajar, sampaila kami decide nak buat bisnes homemade chocolate. Modus operandi dibuat di rumah abg saya dan partner saya tu, Dian yang sanggup berulang alik dari rumahnya di Cheras ke Shah Alam untuk menjayakan bisnes kami tu. Comel je bubuh nama : AnDchocolates :) <Atun n Dian chocolates>
Sambutan amat menggalakkan, kami bermula kecil-kecilan buat coklat as a hantaran, birthday gift, door gift, dan macam2 lagi event. Penat memang penat. Sebab kami buat coklat selepas waktu kerja iaitu selepas isyak sehingga tengah malam. Tapi hasilnya memang puas hati. Setahun lebih jugak kami berbisnes coklat ni. Sampaila saya kahwin barulah kami stop berbisnes. Sebab dian pun berpindah ke Segamat ikut suaminya. 

Antara order2 yang laris heheheh
1st step : Attend kelas belajar buat coklat dengan Dian

Lepas kahwin, macam dah hilang semangat nak buat coklat. Partner takde. Macam tak syok je buat sorang2.huhuhu mengada2 betul! Cakap jela ko malas tun! :P Sebenarnya kalau masa tu extra rajin cari machine yang boleh buat coklat dengan mudah dah boleh dah kot berjaya. Hehehe...nampak tak banyak alasan kat situ???

Hihi, tu semua cerita dulu2, minat berniaga tapi tak menimba ilmu berniaga berseungguh2.
Sebenarnya, kalau kita nak berniaga, yang penting kena minat dulu. Bila datangnya minat berniaga sesuatu barang tu, automatik perniagaan kita akan menjadi mudah. Semangat berniaga tu akan datang berkobar2 je setiap masa. Sebenarnya saya rasa bersyukur sangat2 bila saya decide nak daftar jadi ahli shaklee. Lepas je daftar, upline saya guide on how to start. Sebab saya decide saya nak jual jugak barang2 shaklee ni bukan setakat nak guna dan makan saja. Saya fikir, saya boleh gunakan pengalaman saya berniaga dulu2. Alhamdulillah, bukan setakat pengalaman, malahan ilmu perkongsian serta tunjuk ajar upline jugak penting kalau kita nak berniaga barang2 shaklee ni.

Dan satu lagi sebab kenapa saya rasa bersyukur sangat2 bila dah terjebak dengan bisnes ni?
Saya diajar untuk mendekatkan diri dengan Pencipta kita iaitu Allah S.W.T.
Dari mana datangnya rezeki kalau tidak diizinkan Allah kan?
Rezeki dalam bentuk duit je ke? Kesihatan, kekayaan, kebahagiaan pun rezeki jugak kan??
Gerak hati nak berbisnes ni pun Allah yang guide, betul tak? Kalau tak, takdenye saya nak cerita semua ni kat blog,nak promote macam2, nak buat blog ni pun bukan main lamaaaa sangat nak decide buat ke tak. Hehehehe
Pokoknya, jangan berhenti berdoa. Percayalah segala yang baik tu datangnya daripada Allah, yang buruk2 tu mungkin dari kesilapan kita dulu2. Sekadar petunjuk agar kita sentiasa ingat kat Pencipta kita iaitu Allah S.W.T.

Best pulak ber K.L.M.K petang2 ni. (Kenangan Lama Mengimbau Kembali)
Saja kongsi kisah suka duka minat saya dalam berniaga.
It's just part of my Beautiful Life ^_^

Thank you for your time! heheheheh

Love is everywhere gituuuuu :)


September 14, 2014

Saifullah dah setahun sebulan!

Alhamdulillah...lagi seminggu nak cukup setahun sebulan haritu,epul dah berjalan lebih 10tapak! sekarang makin laju jalan,walaupun byk kali jatuh..hehehe takpe sayang..bila jatuh,bangun semula k? Lama2 nanti tak jatuh2 dah..

Sekejap je masa berlalu,tapi seronok tengok anak besar depan mata walaupun bukan 24jam sehari bersama..InsyaAllah epul, ummi tengah berusaha ni nak jadi Work At Home Mom!! Berusahalah! :D


Tengok tu...dah dapat kaki,suruh pandang camera pun takmau,control macho lettew! ^_^
*Ehsan gambar drpd family babysitter epul,thanks Nurul!*

August 29, 2014

It's Friday!!

Alhamdulillah....permulaan yang sgt bagus di hari Jumaat yang mulia... semoga Allah memberkati usaha saya ni..aminnn.. Ini baru mukadimah blog..byk lagi yg ingin saya kongsikan dengan anda semua...rajin2la jenguk ye blog ni ^_^