Pages

January 10, 2015

Nikmat Alam Semulajadi

Hai semua! cantik kan cuaca harini? Langit biru tambah pulak awan nampak putih cantik je. :)

Pagi tadi kami sekeluarga after breakfast di Bandar Tun Hussein Onn terus gerak ke area Hulu Langat. Kami plan nak ke Hutan Rekreasi Sg Tekala, saja nak jenjalan je...tengok2 tutup pulak kawasan tu atas sebab2 tertentu.

Tengok apa yang kami dapat sepanjang perjalanan pagi tadi. :D


Subhanallah!! Cantik sangat langit tu kan? To be honest, lately saya memang stress..so bila dapat menikmati keindahan tasik dengan hutan hijau2 sekelilingnya tambah dengan sinaran cahaya langit.. saya rasa tenang sangat. Amat mendamaikan suasana ni.

Bersyukur sangat masih ada kawasan yang mendamaikan kat muka bumi ni. Jauh dari hiruk pikuk kota dengan pelbagai pencemaran. (saya rasa mcm tgh buat karangan pulak,ayat2 puitis pulak yang keluar,huhuhu)

So sapa2 yang tengah serabut tu.. cubalah ambil masa menikmati keindahan alam semulajadi ciptaan Allah ni. Selagi masih bernyawa, cuba belajar bersyukur dan hargai kedamaian alam semulajadi ni.
Allah tak cipta sesuatu tanpa sebab kan? :)

Esok saya akan kongsi lagi cerita yang menarik k, warna warni our Beautiful Life ;)

atun daus


No comments:

Post a Comment